VISI PENGURUSAN PRAUNIVERSITI
Pengurusan Prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman akan mencapai tahap pengurusan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang sejajar dengan Visi dan Misi sekolah.
MISI PENGURUSAN PRAUNIVERSITI
Dalam usaha mencapai Visi tersebut, Jawatankuasa Pengurusan Prauniversiti, SMK Seri Aman akan sedaya upaya :
- Memperkasakan aspek kepimpinan & pentadbiran ke arah mewujudkan satu sistem yang cekap dan mantap.
- Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta perlaksanaan program pendidikan.
- Memantapkan disiplin, program Bina Insan dan teknologi maklumat bagi menjana pelajar yang berilmu, berbudi bahasa & berperibadi mulia.
- Melahirkan pelajar yang berkeupayaan dalam aktiviti kokurikulum secara menyeluruh dan berkesan di samping melahirkan pelajar yang sihat, cergas, berketerampilan dan berdaya saing.
- Mengembangkan potensi pelajar sejajar dengan tahap kreativiti, minat & kepimpinan diri pelajar.
No comments:
Post a Comment